susaH sEnAnG beRsaMa

CLICK IKLAN

C
L
0
S
E

Sunday 18 December 2011

Selamat hari jadi bonda dan kak linda:)

Salam semua:)

19 December 1955
tarikh ini tarikh keramat bagi aku dan keluarga..
tarikh ini menjadi keramat apabila lahirnya seorang wanita yang sangat berjasa dalam hidup aku dan keluargaku:)
seorang wanita yang tabah,penyayang dan paling aku sayangi,
seorang wanita yang xpernah menyerah kalah dalam mengharungi dugaan hidup,
seorang wanita yang xmengenal erti penat dan lelah,
seoarng wanita yang sentiasa bersama dengan aku dan keluarga xkira apa jua keadaan,
dan yang paling penting,seorang ibu yang mengerti akan keinginan dan kemahuan anak2,
dan seorang isteri yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik antara isteri2 yang terbaik kat dunia ini  buat suaminya
beliau penyeri kehidupan kami sekeluarga:)
tanpa beliau,tiadalah aku dan adik beradik yang lain


ketidakhadiran beliau sekarang amat sedih buat kami:)
namun kami redha:)

Selamat hari jadi yang ke 56 buat ibunda tersayang...
semoga bonda digolongkan dalam kalangan orang yang beriman:)
amin:)


Selamat hari lahir bonda:)

walaupun bonda sudah tiada,tapi wajah bonda x pernah pudar dari fikiran kami:)
walaupun bonda sudah tiada,namun,jasa bonda tetap kami hargai:)
dan ia x akan pernah hilang semua itu,,
hanya Allah yang mampu membalas segala jasa2 bonda:)]
terima kasih bonda:)
kami sayang bonda yang teramat sangat
terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya:)
terima kasih atas dorongan bonda selama bonda berada disisi adik sampai adik berjaya ke menara gading,mengejar impian adik selama ini:)

Ya Allah,Engkau ampunilah dos bonda kami,beliau telah banyak berkorban untuk kami,Engkau balaskanlah dengan penuh nikmat kebaikan keatas bonda kami:)..Engkau lapangkanlah kubur bonda kami:)
sesungguhnya kami amat222 menyayangi bonda kami:)
hanya pada Engkau datangnya segala kebaikan:) 

amin:)


tidak lupa jugak kepada kakak tersayang,yang juga lahir pada tarikh yang sama dengan bonda kami: 

semoga kak nda panjang umur,bahagia disamping kami semua,,hahah,,dan yang paling penting berjaya dalam hidup,adik sentiasa doakan kebahagiaan kak nda:)


Al Fatihah

Friday 16 December 2011

Kasih Ibu Tak Akan kEmana | adik rindu mak

salam semua:)
apa yang nak aku ceritakan kali ini mungkin x seindah cerita korang semua
satu je,hidup ini x seindah yang kita sangkakan,,hidup ini bagai roda kan??
ada masa kita kat atas,ada masa kita kat bawah,ada masa kita happy,hada masa kita sedih,,,
itu dah memang lumrah kehidupan,
macam aku,aku sedih kadang2 dengan hidup aku,,,orang yang kita sayang akan tinggalkan kita,,itulah kisah hidup aku,,aku kehilangan orang yang aku sayang,,betapa aku rindu kat arwah mak aku,
teramat rindu kat mak,,,x terkata betapa aku merindui mak,,
"assalamulaikum,kak zie,tido dah ke?".."waalaikumusalam dik,bru jer tido,,knapa dik??"..."kak,adik rindu mak..."..kata2 terhenti disitu,,terus aku menangis,,,ya Allah,,,aku rindu kat arwah mak aku,,,aku nak mak aku,,,,aku mak aku balik,,,,aku nak bermanja-manja dengan mak aku,,,,aku nak cium pipi mak aku,,,aku nak semua yang aku buat dulu,,,,aku nak semula mak aku,,,,aku nak peluk dia,,,aku nak mak!!!!!

ya Allah,,engkau pertemukanlah aku dengan mak aku,,,cukuplah sekadar dalam mimpi,,aku terima,,,aku bersyukur dengan itu yang Allah,,,aku nak mak semula,,,,,itu sahaja pintaku ya Allah,,,,

bila teringat kat mak kan,,teringat pulak aku semua dosa2 yang telah aku lakukan kat mak aku dulu,,,,banyak dosa2 yang aku telah lakukan,,entah terampun dosa2 itu,,,kalau aku nak ceritakan semua,,banyak,,x termampu aku nk ceritakan semua dosa2 aku,,,,serius,,aku x pasti samaada aku mampu atau tak masuk ke syurgaMu ya Allah,cium pun belum tentu,,,sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu,,

aku nak mak!!!!!!!!aku berjaya kerana mak aku,aku dapat ke oversea,capai cita2 aku,kerana mak aku,doa beliau,dorongan beliau,,semua2,,kasih sayang beliau,,,redha beliau,,,ya Allah,betapa besar pengorbanan dan jaya ibu aku terhadap aku,,,kata kak zie,"mak maaf semua dah anak2 dye...dye sayang anak2 dye",,,,aku x merasakan semua tu,,aku rasa amat bersalah dengan arwah mak,,,

mak,maafkan adik!!!!!!!

mak,adik bersyukur ada mak macam mak,adik x sempat nak banggakan mak,,,mak mesti kecewa dengan adik kan?maafkan adik mak!!!!!!

adik nak sangat2 balik winter ni,,adik nak jenguk rumah mak,,adik nak pergi siram rumah mak,,adik nak pegang rumah mak,,cukuplah setakat itu sahaja,kalau x boley sentuh mak pun,,,,adik nak hiasi rumah mak,,adik nak cantikkan rumah mak,,tu jer yang adik mampu,,,adik nak sedekahkan doa2 untuk mak sebagai makanan mak:)

mak tunggu adik!!!!insyaAllah,kalau Allah izinkan adik bertemu dengan mak,kita akan berjumpa,,
adik teringat sangat2 nak ikut mak,,,adik x ada apa2 dah atas dunia ni,,,adik nak mak selama2nya,,,mak doalah kat Allah,,biar adik ikut mak juga,,,,adik nak bersama dengan mak sampai bila2,,adik sanggup tinggalkan segala2nya demi mak,,,,adik nak ikut mak,,,,adik nak cakap dengan mak kat sana,,,,mak tunggu adik ok??adik nak ikut mak!!!!
 adik sentasa berdoa supaya adik cepat2 ikut mak,,x ada
 apa yang menarik pun kat dunia ini,,,semua jadi sepi tanpa mak,,,,mak penyeri dunia ni,,,bak pun sama,,,jom kita ikut mak???

kita boley bersama kan?bersama-sama kat sana bersam dengan mak...bestnya,,ya Allah,percepatkanlah masa itu,,x sabar2 rasanya aku nak ikut mak!!!!

entahlah,aku rasa hidup aku akan happy yang teramat sangat bila aku berjumpa dengan mak aku semula,,dan aku x sabar untuk hari itu,,,

kan best kalau semua ahli keluarga aku bertemu kat sana,terutama mak kan??

mak,adik cuba jadi yang terbaik untuk mak,tapi adik x mampu mak,adik x sehebat mak,,sebab mak seorang mak yang tabah,penyayang,bertanggungjawab,,,x macam adik,,,adik nak jadi macam mak,,,adik nak jadi anak solaeh,,macam mak,,tapi adik x mampu,,,,adik minta maaf mak,,,,adik sayang mak

ya Allah,engkau pertemukanlah aku dengan mak aku,,,aku rindu teramat sangat kat mak!!!
aku nak mak!!!!itu sahaja pinta aku kepadaMu,,,makbulkanlah doaku ya Allah...

adik sayang mak:)

Monday 28 November 2011

DOA | adakah kerana kita ia termakbul?

Salam semuaJ
Baca punya abaca akhirnya dapat juga cerita yang boleh dikatakan mengubah persepsi  saya terhadap doa saya selama ini. Adakah kejayaan yang saya perolehi hari ini hasil dari doa saya?
Saya boleh katakana ia BUKAN dari sayaJ
Baca cerita kat bawah ni,mungkin kalian pun berfikiran begitu…

Ia bermula dengan kisah:

Seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.


Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.


Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Waalahualam


Monday 14 November 2011

Sea of Tiberias | Penurunan Nabi Isa a.s



Assalamualaikum semua para hadirin sekalian...Hari ni saya nak kongsi sedikit tentang:
Tasik Galilee,Israel 
Sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya... 
Nama lain bagi tasik ini ialah: 
- Lake of Gennesaret 
- Lake Kinneret 
- Sea of Tiberias 

SEA of TIBERIAS
Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini, 
memberitahu saya dan anda semua, 
bahawa... 
bila keringnya tasik ini, 
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, 
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini, 
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar... 
Carilah hadis sahih ini sampai dapat, 
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, 
di ketika anda tahu itu, 
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat, 
menjadi kerisauan saya sekarang ialah, 
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi, 
dan 9 tahun telah pun berlalu... 

Saudara serumpun ku... 
anda semua harus beringat, 
bila tasik ini kering, 
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, 
membantu imam mahdi, 
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi... 

dan aku ingatkan lagi, 
hadis ini amatlah sahih, 
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini, 
dengan kata lain, 
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani, 
kerana hakikat itu jelas, 
tasik galilee sedang kering dengan lajunya, 
dan mengikut kajian sains, 
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya, 
dan ketika itulah Nabi Isa turun... 


dan anda semua kena faham, 
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), 
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun, 
ASBAB itu mestilah terjadi, 
ini bermakna wahai tuan2... 

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku: 
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari... 
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna) 
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita 
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun.... 
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, 
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti... 
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu... 
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba... 

Ingatla saudara2 ku... 
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja, 
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama, 
mereka ber-3 adalah manusia belaka, 
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, 
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia. 

Ketahuilah mereka ber-3 ialah: 
- Al Masih Imam Mahdi 
- Al Masih Dajjal 
- Al Masih Isa 

Ingatlah kawan2... 
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini), 
percayalah, 
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, 
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar, 
pasti 100% muncul di zaman anda, 
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, 
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu, 
ketahuilah, 
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, 
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini, 
dan 11 tahun sudah pun berlalu, 
ada baki lagi 39 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, 
dan anda harus ingat...!!! 


Sekali lagi saya anda ingatkan, 
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), 
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), 
dan... 
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012), 
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku, 
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil, 
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku. 

KAJIAN SAINS: 
Setelah saya membuat kajian... 
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, 
gelombang2 pancaran akan keluar, 
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api, 
dan ini bermakna, 
semua apa sahaja jentera langit dan bumi, 
asalkan yang mempunyai saluran elektrik, 
akan dengan sendirinya tidak berfungsi, 
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi, 
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. 
Ini pesanan saya lagi... 
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai= 
sekiranya kajian saya di atas, 
maka sahla, 
apa sahaja teknologi moden hari ini, 
persenjataan tercanggih, 
akan menjadi tidak aktif dan collapse... 
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku, 
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, 
manusia akan kembali kepada fitrah semula, 
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar, 
adalah manusia yang paling rugi di kala itu, 
kerana... 
bandar yang duduki itu sedang tenggelam, 
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim, 
seperti banyak yang ada di tanah Melayu... 

Kepada semua angkatan Teknik_Keris, 
saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk: 
-melangsaikan hutang dunia 
-membeli tanah di pedalaman 
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung 
-membeli kuda 1 orang 2 ekor 
-mengasah pedang dan mencanai keris 
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH 
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang 

Ketahuilah, 
kita ada tak sampai 39 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya, 
kita ada hanya purata 39 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, 
dan anda kena faham lagi sekali, 
sebelum Nabi Isa itu turun, 
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, 
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, 
dan sudah semestinya lah akibat perang itu, 
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita, 
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, 
ya kawan2... 
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa, 
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, 
sekali lagi saya ingatkan, 
anda hanya ada 39 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, 
bila 1 tanda besar keluar, 
maka lengkaplah semua tanda2 kecil, 
bila 1 tanda besar keluar, 
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2... 

Dan ingatlah wahai Muslimin, 
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, 
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, 
dari susurgalur Nabi Muhammad lah, 
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), 
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, 
percayalah, 
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, 
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, 
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, 
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran) 
dan kerana itulah, 
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, 
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu. 

Pesanan Terakhir, 
langsaikan hutang secepat mungkin, 
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, 
kumpulkan kain2 yang tahan lama, 
ternak dan gembala kambing, 
ajar anak anak menunggang kuda, 
simpan cermin mata anda sebaik mungkin, 
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, 
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, 
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah, 
banyakkan berenang di waktu petang, 
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh, 
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari) 

Kalau perlu, 
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu. 

p/s: sekadar perkongsian bersama:)