susaH sEnAnG beRsaMa

CLICK IKLAN

C
L
0
S
E

Thursday 24 February 2011

rAsuLuLLaH |

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut
Utk Renungan Bersama.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan
Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah
memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.
Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. 

Amin


Wednesday 23 February 2011

bAd@AyaH-kAsihMu x aD tAnDingAn

Salam semua,,,,lamanya aq x update blog aq ni,,,dah mcm x bertuan pulak,,haahaha,,,mmm,,,bngun je dari tidur,,aq terus teringat kat ayah aq,,,kata org x semena-mena la teringat,,,so,,aq terfikir la nk tulis entry bru hari ni,,,hari ni,,aq cuti coz hari ni "Men's day" kat russia ni,,,x sure la kat Malaysia cuti ke x hari ni,,,hihihi,,,,so,,apa2 pun,,aq nk wish lu kat semua kaum lelaki,,especially ayah aq yg tersyg,,Haron Ngah,,,"bad,,Happy Men's Day",,,adik syg bad,,,

wajah bad happy sgt,,mizz u bad,,
Sebut sal syg,,so,,,entry aq kali ni,,aq nk cerita ckit sal ayah aq(bad),,iaitu seorg ayah yg telah besrkan aq,,sehingga dewasa,,,seorg ayh yang sgt penyayang,,yg care sal kebajikan aq,,mkn minum aq nsebgainya,,sehingga aq berjaya ke oversea,,,aq bersyukur sgt aq ayah cam bad aq,,,even aq ni nakal,,tp ayah aq x pernah pukul aq,,,bad sentiasa melemparkan kata2 manis such as "adik,,duduk gok diam"(duduk diam2)
aq sedar hakikat kita semua,,tanpa ayah,,siapalah kita right??,,,

sukanya bad,,apa yg happy sgt tu???
Bad mmg seorang yg tabah,,even bnyk masalah yg bad hadapi,,
Bad terima dgn seadanya dan harungi dengan redha,,,,bad x pernh mengeluh,,sama mcm mak,,i am proud to be your son n i am pround of both of you,,,lam entry yg lepas,,aq ad cerita sal mak aq,,even mak aq dh x ada,,tp,,bad tetap tabah menjalani hidup tanpa mak aq,,kadang2 aq rasa,,teramat berdosa coz tinggalkan bad kat Malaysia,,,sepatutnya,,aq duk je kat Malaysia n jaga ayah aq,,bkn pergi jauh drpd bad,,,mmmm,,,,

Nk dceritakan,,time aq dpat twaran ke Russia,,bad beria2 suruh aq pergi coz bad ckap,,masa mak masih ad,,mak sentiasa pesan kat bad,,kalau aq dapat belajar kat oversea,,jgn halang,,biar je aq pergi,,,pergi untuk belajr n capai kejayaan n banggakan keluarga aq,,,maklumla,,aq ank bongsu lam family,,smpai skunk,,aq teringat lagi kata2 mak aq time mak aq ad lg,,mak pernah ckap,,yang mak xkan dpat rasa kejayaan aq,,,n setiap kali mak ckap cam tu,,aq mesti ckap,,"mok,xleh ckap gi2,,,mok dan eh!!"(mak x boleh ckap mcm tu,mak smpat rasanya),,,kata2 tu x pernh hilang dr kepala aq,,,mmm,,,,
bad,,adik nk g belajar jauh,,,bad jgn sedey k??,,(ni masa kat aiport)

Bad aq lak,,sama je cam mak aq coz bad nk jugak tgok aq berjaya,,,tgok cntoh aq dtg sini,,aq tau,,mmg berat untuk ayah aq lepaskan aq pergi ke Russia,,yela,,bkn dekat,,jauh,,,beribu-ribu kilometer,,smasa nk fly ke Moscow,,ayah aq menitiskan air mata,,semua family aq menangis,,,kalau nk tau,,aq ni salah satu anak ayah n mak aq yg berjaya ke oc,,mmm,,,aq x tau,,dye org sedey gembira ke sedey mmg sedey,,,,aq xtau,,,setiap masa aq call bad,,aq tnya kbr bad,,dan setiap masa tu,,bad akan menangis,,bila aq tnya knapa,,bad mesti jwab yg dye sebak dgr suara aq,,,even,smpai satu masa,,bad x ley ckap,,sbb terlalu sebak,,mmm,,aq pun kdg2 nangis,,tp,,cam mana pun,,aq kene tahan perasaan tu,,kalau x bad akan sedey lg,,,

Bila aq call,,bad mesti tnya "adik shat x??",,"bad rindu ke adik",,,mmm,,,then,,dye mesti crita kat aq apa yg berlaku kat umah,,,ad sedey,,ad gembira,,sometimes,,aq pun ngis bila bad cerita perkara sedey yg happen kat umah aq,,,kalau korang nk tau,,masa aq kat Moscow nih,,aq dpat byk sgt kbar yg teramat sedey,,sebulan lpas,,tok ki(datuk) aq meninggal dunia coz skit tua,then cg aq meninggal jugak coz serangan jntung n byk lg la,,,tp nk wak cam ne,,aq x ley blik,,aq kene stay kat sini n study,,walaupun susah aq nk terima semua tu,,tp aq kena redha,,redha dgn ketentuan Allah,,,tp,,pada masa yg sama,,kakak kesayangan aq,jugak bertunang bru2 ni,,sedey gak la aq coz x ley tgok,,tp x pela,,org kata tunang je kut,,so,,no hal,,yg penting kahwin nanti mesti ad,,,huhuhu,,,"kak nda,,semoga bahagia selalu"

Ishh,,aq ni,,k,,sal bad aq,,kalau korang nk tu,,lepas je mak aq x de,,ayh aq pernk sekali skit teruk,,time tu aq dah lpas spm,,,mmg teruk giler la,,,,asalnya cam ni,,hri tu,,bad bgtau,,yg dye sakit perut sgt2,,,,pahtu,,kiteorg,,bmbg la,,tnya knapa,,then bad nangis,,kiteorg mmg takut n bwak bad ke hospital,,then after check,,buat diagnosis,,tau la,,yg bad aq kene appendix,,,then,,kene operate,,kiteorg mmg tkut la,,,tp,,org kata,,appendix je kut,,tp,,korang tak tau apa yg happen,,

mmm,,,,kalau nk tau,,bad kene tunggu 3 hri tuk operate appendix,,,smpai hri ke 3 tu bru la operate,,2 3 lpas tu,,,bad boleh blik,,,everything ok at that time,,,but,,smpai je kat umah,,nk tau,,??,,tmpat yg bad operate tu,,kuar nanah,,,,bau yg teramat busuk,,bygkan la,,nanah tu kuar dri dalam perut bad,,,mmg kiteorg tkut giler,,,then,,bwk la bad ke hospital semula,,,mmm,,,,smpai je kat hospital,,bad kene masuk wad,,,atas sebab kes bad ni teruk,,x pernh ad patient cam ni,,,aq mmg tkut giler time tu,,,aq xnk perkara yg sama happen kat bad aq,,,aq x nk kehilangan bad,,,kalau nk tau,,,bad kena operate 3 kali coz nk buang all the slough lam perut bad,,,kata doktor,,bad kena infammatory appendicectomy wound,,,tp,,ketiga 3 operation tu,,semua x menjadi,,,sbab doktor pun x au what's the problem!!,,,

masa lpas operation yg 1st

Oleh kerana aq lpas spm dhn kakak aq pun ad yg bru habis belajar,,so,,kiteorg pun bergilirla jga bad,,,hri ni aq jga,,esok kakak aq jga,,,ad kala tu,,seminggu aq jga,,xpe la,,x kisah la tu,,janji bad aq shat,,,mmm,,,,pernh gak terfikir dulu,,,bygkan kalau mak msih ad,,,mesti mak bmbg,,dah la mak x shat gak,,,mmm,,,kan??,,,pastu,,jge punya jga,,akhirnya bad kuar,,kalau korang nak tau,,bad duk kat hospital selamat sebulan lbih,,bermula 1 Feb 2010 to 3 March 2010,,,,lama gak la,,,smpai satu masa,,aq kenal semua doktor n nurse kat wad bad,,,bad stay kat multidisiplin wad,,,mmg dyeorg jga la,,,

kalau nk tau,,pernh sekali aq terpaksa cuci tmpat operation bad,,,tkut gilr,,bygkan,,aq ley nampak lemak2 bad,,yg ad lam perut,,,mmm,,,gerun giler,,,1st time aq tgok,,nk pengsan,,xterkata,,,smpai bad bgtau,,time nurse dressing tu,,mcm x bernyawa,,,skit teramat sgt,,tp,,bila dh lama,,bad ckap x skit dh,,,nk bgtau gak ni,,walaupun bad duk kat hospital sebulan lbih je,,tp,,luka tu nk baik ambik masa 5 bulan,,,lama giler,,,hri2 bad cuci mase kat umah,,,kalau aq x de kerja,,aq tolong cuci,,,cam doktor dh aq,,,,kalau nk tau,,sepanjang tu,,bad x kerja pun,,harapkan kat siblings aq je yg bntu bg duit kat ayah aq,,mmg sedey sgt hidup kiteorg time tu,,,tp,,alhamdulillah,,aq x la mnx maknan dgn org ke,,,bad aq masih ad bad,,,

keadaan perut bad,,yg ni slpas 2nd operation
Bad pernh ckp.."adik x ley tkut,,kan adik nk jd doktor,,,so,,kene berani,,",,,mmm,,,so,,masa aq jga ayh aq tuh,,,aq rasa mcm dh jd doktor,,mana x nya,,cam aq crite td tu la,,,kdg2,,aq tolong nurse antar patient ke OT,,hik8,,best gak la,,,sbb tu aq nk sgt ambik medic,,,best kut,,hahaha,,,kat hospital tu,,byk ragam org aq jumpa,,,xyah nk state la kat sini kan??,,,hik8,,,,tp,,nk bgtaunya,,bad x pernh mengeluh dgn keadaan dye,,,smpai satu masa,,bad mmg kurus giler,,,berat badan turun,,muka jadi cengkung,,,mmg sedey la tgok bad,,hmpir setiap hri aq nangis,,,

sedey,,,wajah bad masa kat hospital

adik syg bad

tp,,alhamdulillah,,skunk,,bad dh chat semula,,,bad pun dh kembali ceria,,,alhamdulillah,,,bad pun dah x skit,,,aq xnk dah semua tu berulang lg,,,aq xnk kehilangan bad,,,aq syg kat bad,,cukup la Allah menguji aq dgn ambik mak aq,,,:(,,,

lam kereta,,masa 4 jam sebelum fly,,on the way nk convert duit,,hik8

Bad,,adik syg ke bad,,bad la ayah yg pling best yg pernh ad adik,,,x ad seorg pun ley gnti bad,,,kasih syg bad tiada tandingan,,,adik syg bad,,,adik x nk kehilangan bad,,adik terpaksa tinggalkan bad sorang2 kat Malaysia,,maafkan adik,,adik pergi pun sbb nk belajar,,,dan nk cpai impian adik nk jd doktor,,impian bad dgn mak,,bad doakan adik k??,,,doakan kejayaan adik kat sini,,,insyaAllah,,adik x kan lupa jasa bad,,,jasa bad xterbalas bad,,,terima ksih kerana jaga adik selama ni,,,bad x pernh bosan jg n didik adik,,,terima kasih bad,,,luv u bad!!!


ya Allah,,,,
Engkau panjngkanlah umur ayahku,,shatkanlah beliau sesihat sihatnya,,,aq menyayanginya ya Allah,,,aq dah x ada org lain yg nk jga aq,,,hanya ayah aq sje ya Allah,,,aq nk buat beliau bangga dgnku yaAllah,,,walaupun,,,mak aq x sempat rasainya,,x apalah ya Allah,,engkau rasailah kejayaan aq ni untuk ayah ku,,,

amin

Monday 14 February 2011

maulidur rasul

i luv Muhammad
Salam semua buat kwan2 n teman2ku,,,,udah agak lama aq x update blog
 nih,,hahahah,,,,,mmm,,,
hri ni aq nk share satu peristiwa kat korang eh,,,ok??,,,kan semua 
tahu,,,kita kan nk sambut hari maulidul rasul,,
so,,,aq rasa better aq share kat korang semua sbgai 
panduan buat kite semua,,,hahaha,,,ni aq ambik dr internet,,,
sbab,,when comes to this kind of 
topic,,,better aq ambik dr internet,,yela kan,,tkut silap fakta lak,,hahahha,,
ni lah hasilnye,,hik8,,tp 
aq x la copy n paste k??,,,aq ubah blik ayat nih,,ahaha,,


korang tau x apa tu erti maulidur rasul??,,,hahaha
,,kalau nk tau maulidur rasul lam bhase arab 
means kelahiran Rasul dmane adalah hari bersejarah keputeraan 
Nabi Muhammad.kalau nk tau hari 
ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi 
yang jatuh pada pada 
Isnin,,,sumber ni dtg dri hadith riwayat Muslim, 8/25 )
 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 
dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang 
diutus oleh Allah S.W.T 
mmmm,,,, tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang 
dikenali sebagai Maulid Nabi sebab tulah,,smpai skunk org islam sebut "maulid nabi",,kan????

setiap thun,,bleh dkatakan every state smbut hri Maulidur nih,,
,,smbutan di sertakan dgn 
perarakan,ceramah dan bnyk lagi la,,,,mmg best la smbutan nih,,,ingat lg masa kat sekolah lu,,mase kecik2,,,time tu skolah rendah,,,bkn aq tau sgt bab2 cam nih,,hahaha,,,,cikgu pesan,, 
"esok ada smbutan maulidur rasul,,so,,semua kene pakai 
bju melayu untuk lelaki dan bju kurung 
untuk perempuan!!!kite nk wak perarakan esok",,,,
,,,kite org pun,,ape lg,,,suke la,,hahhaha,,,pagi2 
dh bersiap dgn pakaian bju melayu yg segak,,,hahaha,,,,
konon2 nye cam lelaki melayu terakhir 
la,,,hahaha,,,then,,beraraklah semua keliling kg,,,hahahah,,,,
yg x ley blar sekali kalau jumpa kedai2 
runcit,,hahaha,,,mmg aq n kwan2 akn pergi kat kedai tu 
n buy la coklat ke,,air ke,,,yela,,jauh kut 
keliling kg,,hahaha,,,sambil laungkan ungkapan nih صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم,,,smbil 
mkn,,hahahaha,,,, 


kalau kat malaysia,,,every year ad tokoh maulidur rasul,,,
pemegang tokoh2 ni semua nye yg 
berkaliber,,,aq pun kdg2 terfikir gak nk gelarah tokoh maulidur rasul ni,,
,,tp,,cam tu lah,,bnyk benda 
lg aq kene buat,,hik8,,,nk berbkti kepada negara,,,mmm,,,
cntohnye adik Muhamad Ahmad Zahid yg 
merupakan tokoh maulidur rasul 2009 yg mane 
mndapat anugerah ni atas sebab beliau bley hafal 
30 juzuk al quran,,,,hebatkan???,,mmm,,,thun ni,,xtau la sape yg dapat,,kan??,,
,,mesti yg lebih berkaliber,,, 


kalau kite fikir2 kan??? Kite dpt lihat betape besarnya
 kelebihan org yg memuliakn mjlis keputeraan 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, 
coz bila berniat je nak mengadakan Maulud Nabi, sdh 
pun dikira mendpt pahala dan dimuliakan...mmmm..
kalau nk tau bernazar untuk do something yang 
baik pun merupkn doa n dikira amal soleh.,,,
subhanallah,,,,so,,kite semua ni,,,kene la ingat tau,,,

c skunk ???Jelas kat kita semua kan?? bahawa
 pmbalasn Allah S.W.T terhdp kebaikan sgt cepat sehinggakn
 terdetik je lam hati kite nk buat kebaikan, Allah S.W.T dh bg kat kite pemblsn yg x ternilai.Seseorang yg berimn, kuat bersndr kepada Allah , tika lam kesushn ke ape ke dye ttp tenang n hatinya hnya mengadu kat Allah n hrapkan pertolngan n kasih syg Allah S.W.T. Kbrktan mengdakn Majlis Maulud itu bukn je
 didpti oleh org yg mengadakan majlis tu, tapi seluruh 
ahli rumah atau org yg tinggal di tmpt tu turut dapat keberkatannye,,,,
ni adalah sedikit pic yg ley aq share kat semua,,,
,,tp,,ni bkn yg aq k??,,mean bkn pic aq pun,,
coz,,x smpat nk ambik dulu,,,hik8

smbutan maulidur rasul


ni la selawat maulidur rasul,,

perarakan maulidur rasul


lam kesempatan yg mulia ni,,,aq harap,,
perkongsian aq kat korang semua mmberi pedoman kat
kita semua,,,semoga,,thun ni memberi kita kekuatan
lam menghadapi apa jua rintangan dan
dugaan,,,,,semoga kite semua mampu tingkatkan amal
ibadat kite semua,,,,sekian,salam



………………♥
………….♥
…….♥
...…♥
.♥………………………..♥….♥
♥……………………..♥………..♥
.♥………………….♥…………….♥
..♥……………….♥………………♥
…♥………………………………♥
…..♥…………………………..♥
……..♥…………………….♥
………..♥……………….♥
…………..♥…………..♥
………………♥…….♥
…………………♥..♥
..................♥
**♥** ...RASULULLAH .... **♥**
.•°*”˜.•°*”˜.•°*”˜♥ ˜”*°•.˜”*°•.˜”*°•.WE MUST LOVE RASULULLAH...

………………♥
………….♥
…….♥
...…♥
.♥………………………..♥….♥
♥……………………..♥………..♥
.♥………………….♥…………….♥
..♥……………….♥………………♥
…♥………………………………♥
…..♥…………………………..♥
……..♥…………………….♥
………..♥……………….♥
…………..♥…………..♥
………………♥…….♥
…………………♥..♥
..................♥
**♥** ...RASULULLAH .... **♥**
.•°*”˜.•°*”˜.•°*”˜♥ ˜”*°•.˜”*°•.˜”*°•.


salam Raulidur Rasul buat semua

Wallahualam





Saturday 12 February 2011

sOLat JuMaAt bErjEMaaH di BuMi MoScOw


Salam semua,,,,mmm,,,lama dah x update blog ni,,tetiba tgn terasa gatal,,nak share crita bru kat korang semua,,,,hahahaha,,,,kali ni aq rasa nk share something yg agak menyentuh hati dan perasaan la,,agakla,,mmm,,,korang pernah x dengar ungkapan lima perkara??salah satu drpdnya,,"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembhygkan??",,,mmm,,,,(tetiba keluar ungkapan ni!!apakehe??),,,xla,,,nk dceritakan kat korang semua kan,,,semalam aq x ad kelas,,ad pun pg jer,,,so,,petang tu aq free,,off duty katakan,,,

then,,aq pun decide nk solat jumaat kat salah satu tempat kat moscow nih,,,nama stesen tu is "prospek mira",,kalau korang nk tau,,kat stesen ni,,mostly muslim,,mknan halal pun bnyk kat sini,,,mmm,,best2 lak tu,,,hahaha,,,mmm,,,aq x g la kat embassy coz,,masa tu kelas aq agak dekat la dgn tmpat ni,,lg pun,,ok gak kalau smbhyg kat masjid kan??,,,kata org pahala lbih ckit,,kan????

smpai je kat sana,,aq mkn dulu,,lapar la:),,,ad la 3 org kwan aq yg ikut sama,,x berani gak pergi sorang,,,mmm,,,lepas mkn jer,,aq pun terus kuar n pergi kat masjid tuh,,,terkejut giler aq,,apa xnye,,ramai giler org muslim kat masjid nih,,,smpai x muat lam masjid,,,aq pun duk kat luar,,,sejuk tu x pyh nk ckap la,,sejuk giler,,,smpai berasap mulut aq dbuatnya,,,mmm,,,,menggigil aq,,,bygkan,,masa aq sujud,,tetiba air mata aq keluar n x semena2 air mata aq jdi ais,,,mmm,,bygkan!!,,lam hati,,aq terus berdoa agar selepas ni aq masih lg bernyawa,,masa tu lah air mata aq keluar lgi bnyk,,aq harap sgt2 Allah akn makbul doa aq hari tu,,"Ya Allah,,beratnya dugaanMu kali ini",,tu lah ayat yg terungkap dalam fikiran aq time tu,aq pun tunggulah imam baca kuthbah,,,lama giler kut,,dh la sejuk,,,tp,,xpelah,,hati mesti ikhlas,,,kalau korang nk tau,,,aq ingatkan yg aq dengr tu kuthbah,,rupa2 nya tu tazkirah maulud,,,mmm,,,terkejut aq,,,then,,bru la imam ckap bilal bru nk azan,,mase tu,,org mmg penuh la,,suara bilal mmg lantg n sayu aq dgr,,,tersentuh di hati aq,,,teringat azan dlaungkan kat malaysia,,,mmm,,,,menitis air mata aq,,,kalau nk tau,,susah ngat nk msuk lam kwasan masjid ni,,siap ad polis lg yg jga,,,

smpai ad yg bergaduh dgn polis,,semata2 nk pergi kat masjid,,,,mmm,,,,lpas azan dlaungkan,,bru la kuthbah dmulakan,,,mmg la aq x fham apa yg imam ckap,,yelaaa,,fully russian,,,ckit2 bleh la,,mmm,,,lam sejam cmtula,,bru la mula solat,,,masa tulah,,mmg aq ngis,,,sedey teramat sgt,,,mmm,,,terdetik lam hti aq,,muslim kat moscow ni seolah2 dpinggirkan,,,ramai sgt yg minx sedekah,,,kalau bg kat salah sorang tu,,yg lain mesti kejar2 kita,,atas sebab nk duit,,mm,,sedey kan??,,,mmg x tergmbr lam fikiran korang kan??,,,mmm,,,

ni lah masjid prospek mira
kalau korang nk tau,,kat sini dye pelik ckit cara penyampaian kuthbah dye,,,iqamah dye x mcm malaysia,,kalau malaysia kan,,kite just laungkan sekali je kan setiap ungkapan azan kan??,,,tp,,kat sini lak,,sama cam azan,,,means dye ulang 2 kali,,mmm,,,tp,,xla ketara sgt dye punye perbezaan tu,,hik8,,mmm,,nk di ceritakan kat korang semua,,,aq mmg bgga sgt2 dgn kesungguhan muslim kat sini,,,dyeorg seolah2 x pernh nk mengeluh dgn apa yg mereka ad,,,

cuba bygkan,,lam keadaan sejuk yg teramat sgat,,lam suhu hmpir -11,,lam keadaan berdiri kat luar masjid,,n mcm2 lg,,tp mereka??,,mm,,,mereka tetap pergi masjid,,dgn tujuan nk tunaikan solat jumaat,,,,tp kita???,,,mcm mana dgn anak2 muda kita skunk??,,,adakah semuanya ke masjid untuk solat??,,,adakah kita yg berada d malaysia pergi kat masjid tu smbhyg jumaat berjemaah??,,,mmm,,,rasenya x,,,kan??,,,(usually remaja la),,mmm,,,u c??,,,,bygkan,,,sedangkan mereka yg duk kat sini bley pergi smbhyg beramai2,,lam keadaan sejuk,,tp kenapa bukan kita??,,,kalau kat malaysia dulu,,aq bley ckap,,aq mmg ykin,,setiap kali sembhyg jumaat,,mmg confirm masjid x penuh,,,even masjid negara,,,,kan??,,,mmm,,,,

nk dceritakan kat korang,,,kat sini bkn setakat lelaki je yg solat jumaat,,tp wanita pun sama,,,mmm,,tgok la kesungguhan dyeorg,,,mmg la wanita sunat untuk solat jumaat kan??,,tp,,at least dyeorg berusaha untuk dpatkan yg terbaik lam hidup dyeorg,,,mmm,,,,so,,,apa kata korang??,,,,mmmm,,,,renung2kan lah,,,selamat beramal,,,,

ni lah keadaan kat luar masjid,,,masa ni,,xramai lg,,,

mmm,,,masing2 diamkan diri,,,

masing2 sedang sibuk mencari tmpat untuk solat

tgok,,,sampai ad yg solat kat atas salji,,,subhanallah
keadaan selepas solat jumaat,,,,msing2 sedang solat sunat,,

wallahualam

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Tuesday 8 February 2011

debaran menanti pada hari esok,,

Salam,,,hai semua,,,sorry,,dah 2 3 hri aq x update blog aq nih,,hik8,,,biasela,,,alasan yg sama,,aq busy,,,hahahaha,,,sorry k??,,,apa2 pun,,,aq rasa agak sedey nk tulis blog kali nih coz aq bmbg entry kali ni entry terakhir aq,,,huhuhuh,,,yela,,,maklumlah,,tkut x de masa nk tulis lg lpas ni,,,kalau korang nk tau,,,esok aq dh nk masuk 2nd semester,,,

journey bru aq akn bermula esok,,,xde dah la istilah "main2 game",,"travel",,n mcm2 lg,,,mulai esok aq kene concentrate fully untuk beri best performance lam 2nd sem nanti,,huhuhu,,,,,mmmm,,,,,esok kelas aq bermula dgn subjek favourite aq which is lecturer "favourite" aq yg ajar,,,,siapa ye??,,hik8,,,kalau korang bca sal entry lpas aq,,,aq ad mention sal lecturer aq n ragam dyeorg,,,hik8,,,nk tau enggak??,,huhuhu,,,"Galina" la,,,2 subjek esok,,semuanya Galina,,huhuhu,,,so,,,telinga aq esok akan kedengaran lg suara "tak(bhasa lam Rusia),,,,stop talking,,read your materials" n also "it is impossible if an adjective have their own genderrrrr",,,,,hik8,,,,tu la ayat yg aq akn dgr besok,,x sabar rasenya,,,hahahaha,,,,,korang memang sush nk imagine camne rupe n watak dye org ni,,hahaha,,,,susah nk dgmbrkan dgn tulisan,,,ceeeeewwwaaaahhh,,hahaha,,,,,mmmm,,,,

aq harap sgt2,,2nd sem ni akan beri kemudahan untuk aq,,,amin,,,aq xnk la nanti aq x ley blik Malaysia,,hik8,,,bmbg la jugak,,buatnya aq kene repeat,,mmm,,,mmg nangis la aq,,,huhuhu,,,so,,,korang tolong r doakan aq ek???hik8,,,

,,,,nk dceritakan kelas aq mmg la jauh,,,kalau nk tau,,,tiap2 hari aq kene berlari,,untuk apa??,,,huhuhu,,,untuk kejar bas,nk ke stesen metro yg ambik masa 15 minit,,(sebab tu smkin kurus),,,,huhuhu ,,,tu pun kalau x jame,,kalau jame,,setengah jam,,,mmm,,,c??,,,pastu smpai kat metro n naek train,,,kene tukar line la,,arrgghhhh,,,tension giler kut,,hahaha,,,,train ambik mase 45 minit pulak,,huhuhu,,,then,,sampai kat kelas,,kat metro izmailuvskaya,,kene naek bas lak,,lam 5 minit bru sampai,,,mmm,,,(tp,kalu nk jln pun xpe,,dekat jer),,huhuhu,,,tu la liku2 yg kene aq hdpi setiap hri,,,n esok pulak aq akn hdpi semua tuh,,setelah hmpir sebualn duk kat hostel,,jln2,,shopping,n etc,,,hik8,,,,jom,,aq nk tunjuk skema metro moscow ni,,,are u ready??,,,huk8,,jengjeng,,


nilah metro map moscow,,hik8,,,

korang nk tau x aq stay kat ne??,,huhuhu,,,kalau nk tau,,aq tinggal kat line warna merah,,yg pling bwh,,,yugo zapadnaya n kelas aq lak kat line warna dark blue,,kat ats tu,,stesen yg 3 terakhir,,hik8,,,so,,amacam??,,jauh kan??mmm,,,tu lah way yg aq gune setiap hri,,tp untuk 1st year jer tau,,,hik8,,huhuhu,,,mmm,,,n aq nk la mention kat sini yg bkn semua kelas aq kat sini,,ad jer kat tempat lain,,,cam kelas anatomy aq kat atkhodni ryad,,(ala,,kat tmpat yg nama Kremlin tu,,hahaha),,,

,,,mmm,,ckap sal sem bru ni,,maka bnyk la subjek bru,,,pokoknya,,bnyk la benda bru nih,,,hik8,,,kalau korang baca aq punya entry yg lepas tu,,,,kan aq bru je final exam bioorganics chem kan??,,,ingatkan,,xde dah subjek bru,,rupa2 nye,,tmbah lak subjek bru,,bkn satu,,tp 2 3 gak subjek bru,,hik8,,,mmm,,,,histology,embryology,cytology;medical terminology;medical physics;clinical anatomy;history of Russia,,,,,arrgghhh,,,tension aq,,hahaha,,,,,dah la tebal2 buku dye,,hik8,,bygkan,,ad 4 buah buku atlas anatomy n 2 histology,,,mmm,,,,tgok la nih,,
tarang,,ni la buku2 bru aq,,hahhaha

best kan??,,,hahahaha,,,,,mmm,,,harap2 aq dpt lecturer yg baek,,yg best,,,i mean untuk histology,,yela,,mcm yg aq pernh bgtau lam aq punye previous entry,,kalau kat sini,,depends kat lecturer,,,kalau lecturer ok,,mrkah pun ok la,,hik8,,,setakat yg aq tau,,histo ni is about cell,,hahaha,,,tu jer yg aq tau,,coz aq x study pun lg,,,hik8,,,skunk ni aq nk hbiskan sisa2 cuti dulu,,,so that aq x menyesal time 2nd sem nanti,,hahaha,,,,,aq akn belajar anatomy ni tuk 3 sem je,,,n histo lak 2 sem,,so,,lam sem yg ke 3 aq dan khatam ke 2 2 subjek ni,,hahaha,,,x sabar dh ni,,,,

,,,mmm,,,,nk tau x??,,actually aq happy nk msuk 2nd sem ni,,,mmm,,apa x nye,,,ni akan jd titik permulaan bg aq untuk menghitung hari nk blik ke Malaysia,,hahaha,,,mmg best giler la,,x sabar2 dh nk blik,,,,rindu la kat semua,,,kat family,,kat sanak saudara,,cikgu2,kwan2 n semua la,,,yoooo,,,x sabar dh ni,,,mmm,,,,kalau korang nk tau,,,insyaAllah,,aq punya last paper untuk final exam thun ni is pada 18 Jun....hahaha,,,kalau ikut schedule,,last paper is general chemistry,,,yeyeyeye,,,so,,,aq rase,,dah tiba masanya untuk aq mula menghitung hari nk blik mesia,,,hahaha,,,,xlama dah,,dlam 4 bulan lg,,blik la,,hahaha,,,,bestnye,,,ntah la,,aq xau nk gmbrkan cam ner aq punye feel skunk,,hahaha


huhuhuhu,,,so,,aq rase setakat ni la dulu entry aq buat kali ni,,,so,,sorry la ye korang semua kalau aq jarang update blog ni nanti,,fham2 la ye,,tp,,insyaAllah,,selagi aq x sibuk dgn colloq n semua tuh,,aq akn update blog aq ek??so,,,salam buat semua n selamat beramal,,hik8,,,,doakan untuk kejayaan aq lam 2nd semester k??,,,k la,,salam

wallahualam




Sunday 6 February 2011

jAnJi??,,,,aPa iTu??

Salam semua,,,hahahha,,,,kali ni,,aq nk share sal satu lg tjuk tau,,kali ni lbih panas,,hik,,,aq ykin la,,semua org pun pernh buat perkara nih,,,apa agaknye??,,hik8<jAnJi?>,,,,tipu la kalau korang ckap x pernh janji kat org lain,,,even lam diri pun,,mesti korang pernh janji,,,kan??,,,so???,,,let's check it out,,hik8




Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?
Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.
Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka?
  

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !!! (sila lihat ayat 75-77 Surah At-Taubah sebagai contoh).

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.
Apakah janji Allah dan RasulNya ? Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak....adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.
Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy.  Dalam keadaan inilah,  Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.
Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang perang yang sempurna ! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.
Benarlah firman Allah dalam kitabnya :
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"
Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan di Makkah dan memilih  menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun   Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih sempurna kepada mereka yang berhijrah.
Firman Allah SWT :
"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah" At-Taubah :20
Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal, dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan  tiada penindasan. Inilah janji Allah dan RasulNya,    janji yang pasti !!!
Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.
Lalu Rasulullah mendakwahnya  dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya  dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti  langit dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada Suraqah.
Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :
"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik". 

  
 Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai     Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera  terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.

Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti !!! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar

Apakah tindakan kita ke arah itu ? Percayakah kita kepada janji Allah tersebut ? Buktikannya dengan teori dan praktikal !!!

Kenapakah kita terlalu kedekut untuk membeli pahala yang dijanjikan oleh Allah ? Apakah kita 'segan' untuk mendiami Syurga Allah  ? atau lebih selesa tinggal di neraka ? Kita suka kubur yang luaskah atau yang sempit ?

renung2kan,,selamt beramal