susaH sEnAnG beRsaMa

CLICK IKLAN

C
L
0
S
E

Saturday 18 February 2012

pengumuman setelah di hack

Salam semuaJ
Lama dah x update blog ni..terasa rindu pulak..
Entah lah..sebenarnya masih sedih dengan apa yang berlaku semalam..
Kalau korang nak tahu, blog page ateh dulu dah kena hack oleh siapa entah..
Tetiba masa buka tu, dye post kat wall tu yang dye kata page tu dah jadi milik dye..
Tapi x pe,ateh redha dengan semua tu..
Mungkin dah x ada rezeki..
Walaupun x ramai orang like page tu,..tp page tu amat bermakna bagi ateh…
Dalam page banyak dah post2 ateh + gambar2 ateh…
Skunk ni apa yang ateh bimbang ialah ateh takut hacker tu akan post something yang boley mencemarkan maruah ateh..
So,ateh harap sangat2 korang yang baca entry supaya “report” kan page tu…
Skunk ni ateh dah buat page baru…
Ni diaaa!!!!!

Tapi banyak lagi kosong…baru update sikit lam page tu…hik8
Terima kasih sebab sudi baca entry ni..
SalamJ

Monday 13 February 2012

Ustaz Azhar Idrus - Jangan Main Gitu (Lelaki vs Wanita)


kesimpulannya:
jagalah aurat masing2:)
ni ada sedikit info mengenai batas2 aurat dalam agama islam...
harap kita dapat menjaganya:)
amin:)


AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (Orang yang dituntut beramal dengansuruhan dan emninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya”.
2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya”.

BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.
Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat : 31 : yang mafhumnya :
“Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Firman Allah lagi dalam Surah Al-Ahzab ayat 53 yang bermaksud :
“ … Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluankepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …”
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284 disebut riwayat dari Ibn Syahab dari ’Urwah dan dari Aishah, katan Aisyah R.anha : ”Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”.
Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah R.anha bahawa suatu hari kakaknya iaityu Asma’ binti Abu Bakr datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : ” Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.

BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah ;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ”Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (Hadith riwayat Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnyaadalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah aklaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya ( ajnabi ) auratnya adalah seluruh tubuh badan.
Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram). Perbezaan pendapat;
1. MAZHAB SYAFI’IE : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.
b) Qaul kedua : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).
2. MAZHAB HAMBALI : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.
b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
3. MAZHAB HANAFI : ada 2 qaul ;
a) Qaul pertama : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
b) Qaul kedua : Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.
4. MAZHAB MALIKI : Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.

SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM
DENGAN WANITA ?????
1. Suami
2. Bapa sendiri ( bapa kandung)
3. Bapa suami (bapa mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
9. Wanita Islam yang berakhlak.
10. Hamba lelaki yang mereka miliki
11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
12. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
13. Anak lelaki susuan.
14. Bapa susuan.
15. Saudara susuan.
16. Bapa saudara sususan, datruk saudara susuan hingga ke atas, dan anaksaudara susuan hingga ke bawah.
17. Menantu lelaki.
DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.
1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi
5. Ketika mengajar

sekian
salam:)


Monday 6 February 2012

surat untuk mak:)




Untukmu Ibu

mak!!!!
betapa adik merindui mak!!!
mak,bila kita akan bertemu lagi?
hampir 3 tahun adik tak tengok mak,adik x cium pipi mak,x cakap dengan mak dan dll....
adik rindu semua itu..
adik nak buat balik semua tu...

tiap2 masa kalau nak pergi mana2,mesti adik akan minta izain dari mak,even nak keluar dengan kawan2 pun adik bagitahu kat mak...
adik nak sangat jumpa mak..
adik nak mak tengok,anak mak paling bongsu ni berjaya ke luar negara,belajar perubatan..
ni semua untuk mak,untuk bak, n untuk keluarga kita mak..

adik ingat lagi,2 bulan sebelum mak pergi meniggalkan adik..
masa tuh ada perjumpaan PIBG kat sekolah dan masa tuh mak ngan bak pergi sekolah..
masa mak balik,mak cerita kat adik,mak cakap,cikgu2 semua puji mak ngan bak sebab adik pelajar terbaik kat sekolah masa tu..
mak balik,mak cerita sambil nangis..
kata mak,"mak sebak tadi masa cikgu puji adik pelajar cememrlang kat sekolah...mak nangis tadi"...
masa tuh adik pun nangis..
pastu,mak cakap ada sorang mak cik kat tepi mak tu kata yang adik ni cakap banyak,suka gaul dengan budak ponpuan,perangai macam perempuan la..tp mak senyap jer,mak cakap,biarlah apa orang nak kata,janji anak mak tak susahkan orang lain...

mak nangis masa tu..
masa tuh adik rasa adik xmampu lagi nak buat mak rasa sangat bangga dengan adik..
sebab adik xmampu lagi dapat semua A..masa tuh adik baru dapat 9A..
adik x puas hati lagi...
adik nak usaha lagi sampai adik berjaya...
tp mak cakap,mak bangga dengan adik...mak cakap mak x pernah lagi terasa bangga macam tu..
ingat lagi..mak cakap " walaupun mak x sekolah,tp mak berjaya buat adik berjaya"

pastu adik berazam untuk buat yang terbaik untuk mid year exam...
tapi,x sempat result mid year kuar,mak dah x ada..
mak dah tinggalkan adik..
masa mak pergi pun adik tengah exam paper add math..
mak pergi pun mak x cakap pun kat adik:)

mak pergi diam2 jer..
adik sampai umah jer.mak dah x adaa..
adik faham mak pergi pun sebab mak sakit..
4 tahun mak merana sakit akibat perbuatan orang kat mak..
kami faham mak sakit..
kami redha pemergian mak...
tp adik terkilan sangat2..
sebab adik x sempat nak tunjuk keputusan adik kat mak..
adik dapat semua A kali ni mak..
adik harap sangat2 mak tahu semua tu...

kalau mak nak tahu...
adik asyik nangis lam masa seminggu..
adik asyik teringat kat mak..
adik ingat lagi..
masa mak dah x ada,adik fikir,macam mana adik nak teruskan hidup adik..
dengan siapa adik nak bermanja lagi..
dengan siapa adik nak share masalah adik..
dengan siapa adik nak share kegembiraan adik...
dengan siapa adik nak menangis..
dengan siapa adik nak bercakap...
dan paling penting,siapa lagi yang mampu tahan dengan perangai adik...
sebab semua tu hanya mak jer yang mampu:)

mak adalah insan yang paling berjasa dan paling terbaik yang pernah adik jumpa..
bila adik fikir2 balik..
adik menyesal sebab x dengar cakap mak dulu...
sebab x nak tolong mak kemas rumah dulu..
sebab dosa2 adik dulu kat mak...

ingat lagi masa adik kecik2 dulu..
mak sentiasa pesan kat adik..
kalau mak x ada,dengan cakap orang lain...
jangan buat hal dengan orang lain...
cakap bak,kakak2 dan abang2 kena dengar..
adik paling bongsu..jadi,walau macam mana pun adik kena dengar cakap mereka..
kalau orang marah,jangan buat..
nanti bila orang x suka kat kita...
kita juga susah..
kalau berkawan pulak,jangan buat kawan benci kita..
biarlah kawan kita buat apa saja kat kita..
tapi jangan kita yang buat benda yang orang tak suka...
nanti xada orang nak kawan dengan kita...

bila adik gmebira..
bila adik sedih..
bila adik perlukan seseorang untuk cerita sesuatu..
adik nak sangat call mak
adik nak sangat cerita kat mak..
adik nak sangat mak tahu..
dan yang paling penting,adik nak sangat mak nasihat kat adik..

kdang2..
adik cemburu dengan kawan adik2...
bila call jer kat malaysia..
mesti cakap dengan mak masing...
tp adik?
adik hanya boley cakap dengan bak,kak zie,kak linda,kak wani,abg die,abg mi..
paling tidak dengan su...

sebut pasal su kan,
su baik sangat mak...
kalau adik malaysia,harap su jela tempat adik bual kalau adik bosan..
tp,su sibuk...
su kan cikgu...
tp x apa lah,janji ringan sikit rindu adik kat mak:)

hari tu kan,masa adik ada kat moscow la...
masa tu hari ibu..
pastu...
adik buka facebook,keluar kat home adik..
semua orang wish hari ibu kat mak masing2..
adik nak wish sangat kat mak...
tp x boleh..
adik xtahu nak wish kat siapa..
tetiba adik teringat kat su...
adik pun wish kat su..
su cakap ye sedih dan terharu dapat mesej adik...
adik simpan lagi mesej su reply kat adik:)

adik x tahu nak ceritakan lagi macam mana...
sekarang ni adik cuma mapu berdoa kat mak..
kalau mak nak tahu,,sejak mak x ada...
adik x pernah sekali pun tinggalkan doa adik untuk mak selepas sembahyang..
adik harap sangat2 doa adik sampai kat mak...
adik nak Allah makbulkan doa adik..
biarlah adik x berjaya pun,janji mak bahagia disana..
tu jer yang adik minta:)

mak nak tahu...mak dapat cucu baru sorang lagi..
anak abg mie..
comel sangat2..
kata bak, "anak abg mie ikut mak"..
hidung macam mak...
muka pun macam mak...
comel sangat2...
bertambah lagi lah anak buah adik...
mak mesti suka kan?

kalau mak nak tahu..
adik x usik dah anak2 buat adik...
adik x macam dulu lagi...
adik dah jadi baik tau...hik8

tetiba tersa nak suka tulis note ni...
mungkin sebab mak bahagia disana..kan?
mak jangan sedih tau..
iA...
kalau Allah izinkan,adik nak jumpa dengan mak..
adik nak cium mak...
adik nak peluk mak dan xnak lepas dah sampai bila222...

mak...
adik ada tengok satu video ni.
ustaz Don yang bagi ceramah ni..
dye cakap lah...
anak2 ni lah yang akan bawa ibu bapa ke syurga...
jadi...
adik nak sangat bawak mak ngan bak masuk syurga...
tapi...
adik minta maaf kat mak,,
adik xmampu jadi imam masa sembahyang jenazah mak..
adik x mampu turunkan mak ke liang lahad..
yang buat tu hanya bak,abg die dengan abg mie jer..
adik minta maaf mak...
sangat2 minta maaf...

adik hanya mampu berdoa saja...
mak..
adi ingat lagi..
jenazah mak comel sangat..
mak senyum jer..
macam mak tidur...
x nampak langsung muka mak macam mak dah mati...
wajah mak nampak tenang jer..
adik suka tengok wajah mak masa tu...
orang lain yang tengok pun semua puji wajah mak cantik:)
muka mak x pucat pun...

ingat lagi pagi sebelum adik pergi sekolah..
adik cakap banyak sangat dengan mak.tp mak diam jer..
mak duduk atas sofa..
masa tuh mak baru sudah solat subuh..
pastu adik bersalam dengan mak dan cium mak..
tapi mak senyap jer..
then...
mak bagi adik rm5..
adik pun tanya mak..
"banyak lah duit mak bagi hari ni..kenapa?"
pastu mak balas..x apa lah..esok2 mak x bagi dah..
adik pun ambik jer dan terus ke sekolah...

itulah duit last mak bagi kat adik...
betul2 last..
terima kasih mak...
mak berjaya menjadi mak yang terbaik kat atas dunia ini...
adik sayang kat mak..

lepas 2 3 hari lepas mak x ada baru bak dengan kakak2 cerita...
kata bak, mak sentiasa pesan kat bak,"kalau mak mati.mak nak suh bak jaga adik baik2...
jangan marah kat dye...saya sayang kat adik tu"
kata kak zie,sejam sebelum mak pergi,mak tengok jer kak zie masak...pastu yang pelik nya...mak basuh semua baju yang tertinggal..bila kak zie tanya..mak cakap dye nak habiskan semuanya hari ni..
kata kak nda...masa dye nak buat air kat tempat kerja,gelas jatuh..pastu mak x tengok pun kat kak nda masa kak nda nak pergi ke tempat kerja...kak nda nampak mak jemur kain awal hari tu..pukul 7 stgh mak dh jemur kain..
kak wani pulak rasa x selesa...
adik pulak...
x ley nak jwab soklan periksa dengan baik even soklan simple...

kalau lah kiteorg faham semua petanda ini...
kiteorg akan berada kat mak jer hari tu..
adik xakan ke sekolah masa tu...
3 orang jer yang sempat tengok mak kan??
kak zie,kak yuni, dengan bak...
adik x sempat pun..
tp x apalah..
mungkin ada hikmat semua itu...

mak...
semoga mak berbahagia disana bersama orang yang beriman dan beramal soleh:)
adik sayang mak:)

al fatihah buat mak
*19 Dec 1955 - 20 May 2009

Sunday 18 December 2011

Selamat hari jadi bonda dan kak linda:)

Salam semua:)

19 December 1955
tarikh ini tarikh keramat bagi aku dan keluarga..
tarikh ini menjadi keramat apabila lahirnya seorang wanita yang sangat berjasa dalam hidup aku dan keluargaku:)
seorang wanita yang tabah,penyayang dan paling aku sayangi,
seorang wanita yang xpernah menyerah kalah dalam mengharungi dugaan hidup,
seorang wanita yang xmengenal erti penat dan lelah,
seoarng wanita yang sentiasa bersama dengan aku dan keluarga xkira apa jua keadaan,
dan yang paling penting,seorang ibu yang mengerti akan keinginan dan kemahuan anak2,
dan seorang isteri yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik antara isteri2 yang terbaik kat dunia ini  buat suaminya
beliau penyeri kehidupan kami sekeluarga:)
tanpa beliau,tiadalah aku dan adik beradik yang lain


ketidakhadiran beliau sekarang amat sedih buat kami:)
namun kami redha:)

Selamat hari jadi yang ke 56 buat ibunda tersayang...
semoga bonda digolongkan dalam kalangan orang yang beriman:)
amin:)


Selamat hari lahir bonda:)

walaupun bonda sudah tiada,tapi wajah bonda x pernah pudar dari fikiran kami:)
walaupun bonda sudah tiada,namun,jasa bonda tetap kami hargai:)
dan ia x akan pernah hilang semua itu,,
hanya Allah yang mampu membalas segala jasa2 bonda:)]
terima kasih bonda:)
kami sayang bonda yang teramat sangat
terima kasih kerana mendidik kami sehingga kami berjaya:)
terima kasih atas dorongan bonda selama bonda berada disisi adik sampai adik berjaya ke menara gading,mengejar impian adik selama ini:)

Ya Allah,Engkau ampunilah dos bonda kami,beliau telah banyak berkorban untuk kami,Engkau balaskanlah dengan penuh nikmat kebaikan keatas bonda kami:)..Engkau lapangkanlah kubur bonda kami:)
sesungguhnya kami amat222 menyayangi bonda kami:)
hanya pada Engkau datangnya segala kebaikan:) 

amin:)


tidak lupa jugak kepada kakak tersayang,yang juga lahir pada tarikh yang sama dengan bonda kami: 

semoga kak nda panjang umur,bahagia disamping kami semua,,hahah,,dan yang paling penting berjaya dalam hidup,adik sentiasa doakan kebahagiaan kak nda:)


Al Fatihah